Saturday, January 24, 2009

Penyakit Chikungunya Adik beradik Denggi


Jika anda pertama kali menyebutnya mungkin pelik.

Bagi yang tak tahu Chikungunya adalah penyakit bawaan nyamuk ditemui pertama kali di Tanzania pada 1953. Kemudian merebak ke Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina. Chikungunya adalah endemik dan berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes. Lebih kurang macam denggi. Tapi denggi boleh membawa maut. Chikungunya belum ke tahap itu.
Tanda tanda chikungunya
1. Demam panas mengejut
2.Sakit teruk pada sendi
3.Ruam pada badan, dan sakit kepala.

Jika anda mengalami gejala tersebut, segeralah ke klinik atau hospital.
Selepas anda demam teruk, akan timbul ruam merah pada badan dan sengal² pada sendi juga kurang selera makan.

Aedes Albopictus
Bagaimana untuk pulih(Saranan)

1.Makan sup ketam
2.Minum air 100 Plus/Banyakan minum air suam/miniral

Untuk mengelaknya, serupa sebagaimana mencegah aedes, jaga kebersihan kawasan rumah pada tempat takungan air.

No comments: