Saturday, January 24, 2009

Demam Denggi


Demam denggi adalah sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang disebabkan oleh virus denggi dan dibawa oleh nyamuk aedes.
Pada masa ini, tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu kecuali aktiviti pencegahan adalah amat penting.
Antara tanda-tanda demam denggi ialah:-
1. Demam kuat yang mengejut dan berterusan
2. Bintik merah pada kulit
3. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi,
biji mata dan kepala
4. Berdarah pada badan, hidung dan mulut Hilang selera
makan
5. Muntah-muntah, Sakit perut rasa pahit pada lidah

Bagaimana demam denggi berjangkit
Nyamuk aedes membawa kuman deman denggi
Seorang yang sihat digigit oleh nyamuk aedes
Pesakit demam denggi mengandungi kuman
denggi di dalam badannya.
Nyamuk aedes menggigit pesakit denggi
Untuk mengelaknya dan mencegah aedes, jaga kebersihan kawasan rumah pada tempat² takungan air.

No comments: