Thursday, November 19, 2009

PROGRAM KOMUNITI SIHAT 1 MALAYSIA






















Program Komuniti sihat merupakan program yang dianjurkan bersama Umno Bahagian Pasir Gudang bersama Fakulti sains kesihatan bersekutu Universiti Kebangsaan Malaysia dengan tujuan untuk memberikan perkhidmatan kesihatan berdasarkan kepakaran yang sedia ada difukulti kepada masyarakat didalam parlimen Pasir Gudang.
Pengisian program yang diadakan selama 1 hari ini bertempat dicawangan Flat permas 7 Permas Jaya pada hari Sabtu 21/11/2009 dari Jam 08.00 Pagi hingga 06.00 Petang yang akan di rasmikan oleh Ketua Umno Bahagian Pasir Gudang Dato Seri Hj Mohamed Khaled Bin Hj Nordin Merangkap Menteri Pengajian Tinggi Malaysia ini akan diisi dengan ceramah, perkhidmatan kesihatan dan pamiran oleh hampir semua Jabatan di Fukulti Sains Kesihatan bersekutu (UKM).

Perkhidmatan yang akan disediakan:-
1. Ujian Kolesterol total darah - dewasa sahaja
2. Ujian Glukos darah - Dewasa sahaja
3. Ujian Asid Urik - Dewasa sahaja
4. Ujian Kumpulan Darah - Dewasa dan kanak-kanak
5. Pemeriksaan Tekanan Darah - Dewasa sahaja
6. Pemeriksaan Hemoglobin - Kanak-kanak
7. Pemeriksaan Penglihatan - Dewasa/kanak-kanak
8. Pemeriksaan Pendengeran - Dewasa/Kanak-kanak
9. Pemeriksaan pertuturan - Dewasa/kanak-kanak
10. Penilian Status pemakanan/Diet - Dewasa/Kanak-kanak
11. Pemeriksaan Payudara - Dewasa (Wanita/lelaki)
12. Khidmat Nasihat Farmasi - Dewasa/kanak-kanak
13. Terapi Carakerja - Dewasa/Kanak-kanak
14. Ujian/Khidmat Nasihat Fisioterapi - Dewasa/Kanak-kanak
15. Demontrasi kesihatan persekitaran - Dewasa/Kanak-kanak
16. Pameran Forensik
17. Pameran Kesihatan.
18.Pameran Denggi.

No comments: